Pengenalan

Pengenalan


Janda Baik adalah sebuah kampung rezab Melayu di daerah BentongPahangMalaysia. Ia terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, kira-kira 600 meter di atas paras laut. Janda Baik adalah sejauh kira-kira 40 km dari Kuala Lumpur, dan perjalanan kereta memakan selama 45 minit melalui lebuhraya Karak-Kuantan.



Pelancong sering datang ke Janda Baik kerana ia adalah sebuah kampung Melayu di dataran tanah tinggi, dan udaranya dingin dan suasananya sentiasa nyaman. Ia penuh dengan bunga dan tumbuhan asli. Ada banyak anak sungai yang mengalir melalui kampung tersebut membuatnya sesuai untuk perkelahan dan perkhemahan. Janda baik terkenal dengan hasil halia dan bunga halekonia serta kacang botol dan sayur-sayuran lain. Terdapat berbagai kemudahan penginapan yang terdapat di sini bersesuaian dengan budget anda. Salah satu daripada kemudahan penginapan dan perkelahan yang boleh dikunjungi adalah

Taman Kurnia illahi. 

Taman Kurnia Illahi


Taman Kurnia Illahi menyediakan Chalet-Chalet penginapan dengan harga yang berpatutan. Taman ini diusahakan oleh Dato' Syed Hussien. Berkonsepkan taman dan persekitaran riadah, menjadikan Taman ini salah satu tempat persinggahan yang menarik  bagi pengunjung untuk berkelah dan merehatkan minda. Kawasan Taman Kurnia Illahi ini menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang selamat untuk seisi keluarga.

No comments: